Cari:
CAEXPO Ke-11 Dirasmikan Besok
2014-09-15 15:59:09 CRI Cetak

Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) ke-11 iaitu Sidang Kemuncak Perdagangan dan Pelaburan China-ASEAN bakal dirasmikan di Nanning, Guangxi besok. Naib Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Kementerian Perdagangan China, Hu Suojin menyatakan, kerja persiapan CAEXPO telah selesai.

CAEXPO anjuran bersama China dan ASEAN telah memasuki dekad kedua. Expo kali ini bertemakan "Laluan Sutera Maritim Abad Ke-21" . Sebanyak 13 forum dan aktiviti peringkat tinggi akan diadakan dalam tempoh ekspo ini dan menyediakan maklumat dan peluang perniagaan kepada para peserta untuk meningkatkan kerjasama China-ASEAN dalam bidang tenaga, kehakiman, perlindungan alam sekitar, perdagangan dan industri dan lain-lain.

Setakat ini, jumlah gerai pameran yang ditempah oleh pelbagai perusahaan telah mencatat 6009 buah dan 30% lebih banyak daripada tawaran asal.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China