Cari:
Qinzhou dan Kuantan Menjadi Pelabuhan Bersahabat
2014-09-15 14:55:55 CRI Cetak

Taman Perindustrian Qinzhou China-Malayia

Pelabuhan Qinzhou, China dan Kuantan, Malaysia menjalin hubungan pelabuhan bersahabat hari ini berikutan usaha China dan Malaysia untuk mempercepat pembinaan laluan kapal antara Qinzhou dengan Kuantan demi menggalakkan pembangunan Taman Perindustrian Qinzhou China-Malayia dan Taman Perindustrian Kuantan Malaysia-China.

Kedua-dua taman perindustrian ini mencipta model kerjasama antarabangsa yang baharu, iaitu "dua negara dua taman". Pada bulan September tahun 2013, Kumpulan Urusan Pelabuhan Antarabangsa Teluk Beibu, Guangxi melabur di pelabuhan Kuantan dan bekerjasama dengan Kumpulan IJM Malaysia untuk bersama-sama membina Kuantan menjadi pelabuhan air dalam yang paling besar di pantai timur Malaysia. Qinzhou dan Kuantan menjadi pelabuhan bersahabat memuktamadkan model kerjasama "dua negara dua taman" tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China