Cari:
Malaysia Sokong Pembinaan Laluan Sutera Maritim Abad Ke-21
2014-09-16 15:39:40 CRI Cetak

Kerajaan Malaysia menyokong cadangan China tentang pembinaan Laluan Sutera Maritim Abad Ke-21.

Demikian dinyatakan oleh Timbalan Menteri Industri dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia, Datuk Lee Chee Leong yang menyertai Ekspo China-ASEAN di Nanning semalam.

Beliau berharap kedua-dua pihak akan meningkatkan rasa saling mempercayai, meningkatkan lagi hubungan kerjasama, dan berusaha untuk mewujudkan matlamat jumlah perdagangan USD 160 bilion antara kedua-dua negara pada tahun 2017.

Lee berkata, cadangan pembinaan Laluan Sutera Maritim Abad Ke-21 selaras dengan kepentingan negara-negara ASEAN dan juga akan membantu kerjasama ASEAN dengan China dalam pelbagai aspek. Pembinaan laluan tersebut juga akan mendorong proses pengantarabangsaan RMB.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China