Cari:
CAEXPO Ke-11 Dirasmikan
2014-09-16 09:48:04 CRI Cetak

Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) ke-11 iaitu Sidang Kemuncak Perdagangan dan Pelaburan China-ASEAN (CABIS) dirasmikan di bandar Nanning, Guangxi pagi tadi. Ekspo kali ini bertemakan "Laluan Sutera Maritim Abad Ke-21". Naib Perdana Menteri China, Zhang Gaoli, Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong, Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen, Naib Presiden Laos, Bouhnhang Vorachith, Naib Presiden Myanmar, Nyan Tun, Naib Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Thailand, General Tanasak Patimapragorn, dan Naib Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Vietnam, Pham Binh Minh menyertai majlis perasmian berkenaan.

Zhang Gaoli menyampaikan ucapan dalam majlis perasmian tersebut. Beliau menyatakan bahawa CAEXPO anjuran bersama China dan ASEAN telah memasuki dekad kedua sejak tahun ini. Kerajaan China akan terus mengutamakan kerjasama bersahabat dengan ASEAN, dan menyokong pembinaan komuniti ASEAN. China bersedia bersama-sama ASEAN untuk mengembangkan hubungan bilateral dengan sihat, stabil dan dinamik. Menyentuh mengenai pembinaan bersama Laluan Sutera Maritim Abad Ke-21, Zhang berinisiatif bahawa China dan ASEAN perlu mengukuhkan kesalingpercayaan politik, menaikkan kualiti dan taraf Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA), meningkatkan sambungtara, memperkasakan kerjasama maritim, mendorong kerjasama subkawasan, serta mengeratkan pertukaran kebudayaan.

Sebagai pemimpin negara tema CAEXPO kali ini, Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong berkata, Singapura mengalu-alukan siri inisiatif China yang bertujuan untuk mendorong kerjasama ekonomi China-ASEAN termasuk menaitaraf CAFTA, menubuhkan bank pelaburan infrastruktur Asia, dan membina bersama Laluan Sutera Maritim Abad Ke-21. Pihaknya berhasrat untuk merapatkan kerjasama dengan China, serta mengadakan perbincangan selanjutnya mengenai butiran inisiatif berkenaan.

Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen menyampaikan ucapan pada majlis perasmian.

Naib Presiden Laos, Bouhnhang Vorachith menyampaikan ucapan pada majlis perasmian.

Naib Presiden Myanmar, Nyan Tun menyampaikan ucapan pada majlis perasmian.

Menteri merangkap Menteri Luar Thailand, General Tanasak Patimapragorn menyampaikan ucapan pada majlis perasmian.

 

Naib Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Vietnam, Pham Binh Minh menyampaikan ucapan pada majlis perasmian.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China