Cari:
Singapura Alu-alu Pembinaan Laluan Sutera Maritim Abad Ke-21
2014-09-16 15:26:34 CRI Cetak

Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) ke-11 dan Sidang Kemuncak Perdagangan dan Pelaburan anjuran China dan 10 negara ASEAN dirasmikan di bandar Nanning, Guangxi, China hari ini. Perdana Menteri Singapura, iaitu Negara Tema CAEXPO kali ini, Lee Hsein Loong ketika menyampaikan ucapan dalam majlis perasmian berkata, pihaknya mengalu-alukan cadangan China untuk menggalakkan kerjasama ekonomi China-ASEAN, antaranya menaiktaraf Kawasan Perdagangan China-ASEAN (CAFTA), menubuhkan Bank Pelaburan Pembinaan Infrasturuktur Asia dan membina jalan sutera laut. Singapura juga bersedia untuk mempergiat kerjasama dengan China.

Menurutnya, pembangunan Asia bergantung kepada pertumbuhan ekonomi China dan integrasi rantau ini. ASEAN telah menjadi rakan dagang ketiga terbesar bagi China, manakala pembangunan Asia pula memberikan faedah kepada China dan negara-negara ASEAN.

Menurutnya, semua pihak yang terlibat patut berusaha untuk menghadapi dan menyelesaikan masalah, dan mengelakkan pertikaian menjejaskan kerjasama.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China