Forum Peringkat Tinggi Persidangan Pengalihan Teknologi dan Kerjasama Inovasi China-ASEAN diadakan di Nanning semalam. Dalam forum tersebut, Timbalan Menteri Sains dan Teknologi China, Cao Jianlin berkata, Rancangan Rakan Sains dan Teknologi China-ASEAN mencapai beberapa hasil. Rancangan tersebut akan terus mendorong pembinaan laman sesawang sains dan teknologi pertanian China-ASEAN bagi mendorong penggunaan tenaga baharu dan tenaga guna semula di kawasan ini.
Cao berkata, rancangan tersebut dilaksanakan untuk meningkatkan kerjasama pelbagai pihak dan juga berkongsi pengalaman untuk memperdalam kerjasama jangka panjang China-ASEAN dalam bidang sains dan teknologi.