Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) ke-11 yang bertemakan "membina bersama Laluan Sutera Maritim Abad ke-21" dirasmikan di bandar Nanning, Guangxi, China semalam. Ucaptama oleh Naib Perdana Menteri China, Zhang Gaoli dalam majlis perasmian tersebut telah mendapat alu-aluan pemimpin negara-negara ASEAN.
Menyentuh mengenai pembinaan bersama Laluan Sutera Maritim Abad Ke-21, Zhang berinisiatif bahawa China dan ASEAN perlu mengukuhkan kesalingpercayaan politik, menaikkan kualiti dan taraf Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA), meningkatkan sambungtara, memperkasakan kerjasama maritim, mendorong kerjasama subkawasan, serta mengeratkan pertukaran kebudayaan.Katanya, "Laluan Sutara Maritim Abad ke-21 merupakan jalan saling menguntungkan demi mewujudkan pembangunan dan kemakmuran berama, meningkatkan saling kepercayaan, interaksi menyeluruh dan persahabatan. Laluan ini tentu akan membawa lebih banyak kepentingan bersama dan pertumbuhan ekonomi kedua-dua pihak. Ia pula membantu menggalakan hubungan rakan sterategik."
Sebagai pemimpin negara tema CAEXPO kali ini, Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong dalam majlis perasmian berkata, "Singapura mengalu-alukan siri inisiatif China untuk mendorong kerjasama ekonomi China-ASEAN termasuk menaiktaraf CAFTA, menubuhkan bank pelaburan infrastruktur Asia, dan membina bersama Laluan Sutera Maritim Abad Ke-21. Singapura berhasrat untuk merapatkan kerjasama dengan China, serta mengadakan perbincangan selanjutnya mengenai butiran inisiatif berkenaan."
Mantan Duta Besar Malaysia ke China yang juga Presiden Persatuan Persahabatan Malayia-China, Dato' Abdul Majid Ahmad Khan ketika diwawancara oleh wartawan CRI menyatakan bahawa inisiatif China ini merupakan satu cadangan yang membina. Katanya, "Ini satu tema inovatif, mengimbas balik sejarah perdagangan antara China yang juga negara-negara di laluan ini. Saya ingat ini akan menguntungkan kedua-dua pihak dalam kontek perdagangan, pertukaran kebudayaan antara rakyat, dan juga pelaburan. Jadi ini bukan satu tema yang harus dibincang secara teliti lagi dan saya ingat akhirnya akan memberi manfaat kepada negara-negara ASEAN dan China.