Cari:
Singapura Mainkan Peranan Penticng dalam Pembinaan Laluan Sutera Maritim Abad ke-21
2014-09-18 14:05:11 CRI Cetak

Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) ke-11 dan Sidang Kemuncak Perdagangan dan Pelaburan China-ASEAN (CABIS) dirasmikan di bandar Nanning, Guangxi pada 16 September lalu. Ekspo kali ini bertemakan "Membina Bersama Laluan Sutera Maritim Abad Ke-21". Singapura selaku negara tema amat mementingkan ekspo kali ini dan menyatakan akan memainkan peranan penting dalam pembinaan laluan sutera maritim tersebut.

Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong telah menyampaikan ucaptama dalam majlis perasmian, mengunjungi dewan pameran dan mengadakan rundingan meja bulat dengan ketua pegawai eksekutif perusahaan China mengenai topik "mempergiat kerjasama ekonomi dan perdagangan China-Singapura, mewujudkan pembangunan bersama".

Menurut Lee, eskpo kali ini membantu kerajaan dan kalangan perniagaan meningkatkan perhubungan antara satu sama lain. Kedua-dua pihak perlu meneroka lebih banyak peluang kerjasama. Katanya, "Kita dapat lihat bahawa iklim perdagangan dan pelaburan di China semakin baik. China telah menganjurkan pembinaan Laluan Sutera Maritim Abad ke-21 dan penubuhan Bank Pelaburan Infrastruktur Asia (AIIB) yang membawa lebih banyak peluang perdagangan dan pelaburan. China telah menjadi pelabur yang semakin penting di dunia."

Lee menyatakan bahawa kini terdapat lebih 5,200 syarikat China yang menawarkan perkhidmatan di Singapura. Singapura telah menjadi wadah yang penting bagi perkembangan perusahaan China di luar negara. Katanya, "Mengapa Singapura dapat menjadi wadah penting untuk perusahaan China berkembang di luar? Pertama, ASEAN yang berpenduduk lebih 600 juta, memiliki potensi pembangunan yang besar. Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) keseluruhan ASEAN boleh dikatakan sebanding entiti ekonomi ketiga terbesar di dunia. Kedua, Singapura merupakan wadah komersial yang amat baik antara negara ASEAN. Kami telah menandatangani perjanjian perdagangan bebas dengan 23 buah negara. Syarikat China dapat mengembangkan urus niaga antarabangsa melalui Singapura. Selain itu, Singapura juga menyediakan perkhidmatan pembayaran dengan mata wang RMB. Dan ketiga, walaupun warga Singapura bertutur dalam Bahasa Inggeris, namun kami mempunyai budaya Asia. Inilah jambatan penting yang menghubungkan China dengan ASEAN."

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China