Cari:
MH17: Najib Runding dengan Pemisah Ukraine
2014-09-26 15:18:27 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Malaysia mesti membawa keluar jasad mangsa dan kotak hitam pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 secepat mungkin melalui saluran yang luar biasa berikutan kerajaan Ukranie tidak mampu memastikan keselamatan penyiasat antarabangsa serta bukti dan jasad di lokasi nahas tidak dirosakkan.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menghadiri Sidang Kemuncak Iklim PBB di New York berkata, berdasarkan pengalaman mengurus insiden kehilangan pesawat MH370, beliau menyedari tindakan yang luar biasa mesti diambil untuk menangani nahas MH17.

Dalam rundingan dengan kumpulan pemisah di timur Ukranie, Najib meminta mereka membenarkan Malaysia membawa keluar jasad mangsa dan kotak hitam pesawat berkenaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China