Cari:
Najib Harap Dua Tragedi MH Ubah Sistem Penerbangan Global
2014-09-28 17:04:42 CRI Cetak

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak membangkitkan mengenai dua tragedi pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 dan MH17 pada sesi perdebatan umum Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) semalam dan berharap insiden itu akan mengubah sistem penerbangan global supaya menjadi lebih baik.

Najib juga berharap semua negara bersatu dan mencapai kesepakatan mengenai standard baharu mengesan pergerakan pesawat dan laluan penerbangan di zon konflik.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan dan negara sekutu yang memperuntukkan masa dan sumber untuk membantu mencari MH370 yang hilang pada 8 Mac lepas selepas penerbangan itu berakhir di selatan Lautan Hindi. (Sumber dari BERNAMA)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China