Cari:
GHS Berminat Promosikan Produk ASEAN
2014-09-30 14:23:35 CRI Cetak

Dalam Ekspo China-ASEAN ke-11 yang diadakan pada 16 hingga 19 September lalu, saluran Global Home Shopping (GHS) milik Radio Antarabangsa China (CRI) buat pertama kali bekerjasama dengan Jabatan Hal-Ehwal Ekspo Antarabangsa Guangxi sebagai satu-satunya saluran beli-belah melalui televisyen bagi ekspo tersebut.

Produk-produk yang dipilih oleh wakil GHS di ekspo itu terus dijual melalui saluran televisyen. Ini membolehkan para pengguna China membeli produk-produk keluaran ASEAN di rumah sendiri. Menurut Pengurus Besar GHS, Chen Meixiu, pihaknya merancang menjadikan GHS platform untuk memperkenalkan produk keluaran ASEAN kepada pengguna di China.

GHS memanfaatkan ekspo kali ini untuk meluaskan hubungan dengan para peniaga dari ASEAN. Chen Meixiu berkata,

"Kami membina studio siaran langsung di ekspo kali ini dan menghantar staf untuk memilih produk yang sesuai dijual. Selepas itu, kami langsung pergi ke gerai pameran untuk memperkenalkan dan mencuba produk-produk berkenaan. Kami juga mengundang peniaga ke studio kami untuk mempromosikan produk mereka. Aktiviti kami berjaya menggambarkan sepenuhnya suasana ekspo ini."

Para pengguna agak berpuas hati dengan produk-produk ASEAN yang dipromosikan oleh GHS kali ini. Antaranya kopi dari Vietnam dan beras dari Kemboja mendapat sambutan hangat. Chen Meixiu menyatakan, para peniaga dari ASEAN juga agak berminat terhadap platform beli-belah melalui televisyen.

"Ini merupakan kali pertama bagi ramai peniaga dari ASEAN untuk mencuba platform seumpama ini dalam ekspo. Kami juga mengongsi maklumat dengan peniaga yang berminat bekerjasama dengan kami, memaklumkan keadaan pengguna China kepada mereka, jenis produk yang lebih sesuai dipromosikan kepada pengguna China serta harga yang sesuai. Jadi mereka akan tahu jenis produk yang patut dibawa ke ekspo ini pada tahun depan supaya memenuhi keperluan pengguna China."

Kerjasama antara GHS dengan Ekspo China-ASEAN bukan sahaja bermanfaat untuk mempromosikan jenama GHS sendiri, tetapi juga menyediakan asas yang baik bagi perkembangan masa depannya sebagai platform dwifungsi yang merangkumi jual beli barangan dan juga media. Keistimewaan GHS tersebut juga dipuji tinggi oleh para peniaga dari ASEAN. Dalam tempoh ekspo kali ini, produk yang dipromosikan oleh GHS biasanya habis dijual dalam tempoh dua hari sahaja. Ramai peniaga sedang membincangkan kerjasama seterusnya dengan GHS.

Chen Meixiu berkata, sebagai jenama milik CRI, GHS akan meneruskan konsep CRI bagi membawa produk China ke dunia dan membawa produk dunia ke China. GHS juga berharap dapat menggabungkan internet mudah alih dan media tradisional di China, dan menjadi pilihan pertama bagi syarikat-syarikat kecil dan sederhana (PKS) yang ingin memasarkan produk-produk inovatif di pasaran China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China