Cari:
Kedutaan Besar China di Singapura Adakan Jamuan Sambutan Hari Kebangsaan China
2014-09-30 14:51:35 CRI Cetak

Kedutaan Besar China di Singapura mengadakan jamuan untuk menyambut ulang tahun ke-65 penubuhan Republik Rakyat China semalam. Para hadirin termasuk Menteri Pendidikan Singapura, Heng Swee Keat, ahli Parlimen Baey Yam Keng dan Lim Wee Kiak serta tokoh-tokoh kalangan industri dan perdagangan, kebudayaan, penerangan, akademi dan pertubuhan orang Cina serta wakil daripada institusi China di Singapura, syarikat China dan pelajar China ke Singapura.

Duta Besar China ke Singapura Duan Jielong dalam ucapannya menyatakan bahawa walaupun China telah mencapai perkembangan yang pesat dalam lebih 30 tahun yang lalu, tetapi masih mempunyai jurang beza yang amat besar berbanding dengan negara lain termasuk Singapura. Maka, pembangunan China pada masa depan perlu bergantung kaedah pembangunan yang hijau, mesra alam, saintifik dan berterusan yang bersesuaian dengan keadaan negara disamping mengintensifkan pembaharuan yang menyeluruh.

Ketika membicarakan dasar luar China, Duan Jielong menyatakan bahawa China akan memperkasakan kerjasama yang saling menguntungkan dengan negara jiran dan berkongsi hasil pembangunan dengan negara jiran.

Ketika menyebut hubungan China-Singapura, Duan Jielong menyatakan bahawa sejak China dan Singapura menjalinkan hubungan diplomatik pada 24 tahun yang lalu, hubungan bialteral semakin berkembang. China telah menjadi rakan dagang terbesar bagi Singapura, manakala Singapura menjadi sumber pelaburan terbesar bagi China pada tahun 2013. Tahun 2015 merupakan ulang tahun ke-25 penjalinan hubungan diplomatik kedua-dua negara dan juga ulang tahun ke-50 kemerdekaan Singapura, China bersedia bersama-sama dengan Singapura meningkatkan hubungan bilateral ke tahap yang lebih tinggi.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China