Cari:
Pencarian MH370 masuki fasa baharu
2014-09-30 15:42:36 CRI Cetak
Menurut Utusan Malaysia, usaha pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 di dasar Lautan Hindi, memasuki fasa baharu pada minggu ini selepas tujuh bulan kapal terbang penumpang itu hilang dengan penyertaan dua buah kapal pakar menyertai operasi mencari itu.
Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) berkata, fasa terbaharu itu yang akan bermula awal Oktober ini akan membabitkan dua kapal pakar iaitu Fugro Discovery dan GO Phoenix yang dilantik oleh Malaysia.
Jurucakapnya Peter Foley berkata, kedua-dua buah kapal itu mampu menghantar sistem sonar canggih kira-kira 5,000 meter di bawah paras laut bagi menjalankan usaha mencari menggunakan gelombang bunyi. Foley agak optimistik usaha pencarian di dasar laut itu akan berjaya, tetapi mengakui keadaan agak mencabar bagi pasukan mencari di lokasi terpencil dan belum pernah diterokai itu.
Pesawat MH370 yang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing didapati hilang daripada radar pada 8 Mac lalu bersama 239 penumpang dan anak kapal, malah sehingga kini Boeing 777-200 itu masih gagal dikesan, walaupun usaha untuk mencarinya di udara dan laut dilakukan secara meluas.
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China