Cari:
Kedutaan China di Indonesia dan ASEAN Adakan Jamuan Sambutan Hari kebangsaan
2014-10-01 12:03:35 CRI Cetak

Kedutaan Besar China di Indonesia dan rombongan diplomat China ke ASEAN mengadakan jamuan di Jakarta malam semalam untuk merayakan ulang tahun ke-65 penubuhan Republik Rakyat China.

Duta Besar China ke Indonesia, Xie Feng dalam ucapannya menyatakan bahawa China berharap bersama-sama dengan kerajaan Indonesia baharu yang dipimpin Joko Widodo untuk mengukuhkan perkongsian strategik yang menyeluruh kedua-dua negara. Xie Feng menambah bahawa China sentiasa mengutamakan hubungan dengan ASEAN dalam hubungan luar dengan negara jiran, China akan berusaha bersama dengan ASEAN untuk menghadapi sedekad yang akan datang.

Ketua Dewan Perwakilan Rakyat Republik Indonesia, Sidarto Danusubroto dalam jamuan itu menyatakan bahawa hubungan China-Indonesia sedang berada dalam zaman keemasan dan beliau yakin masa depan akan lebih cerah. Beliau berharap pembangunan bangsa China bukan sahaja memberi manfaat kepada rakyat China tetapi juga kepada rakyat serantau bahkan dunia.

 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China