Cari:
Media Indonesia Sanjung Tinggi Pembangunan China
2014-10-02 14:40:52 CRI Cetak

Akhbar Harian Nusantara Indonesia menyiarkan rencana semalam yang menyanjung tinggi usaha China dalam membangunkan negara serta menyampaikan tahniah kepada ulang tahun ke-65 penubuhan Republik Rakyat China.

Rencana itu menyatakan bahawa meninjau kembali tempoh 65 yang lalu, China berkembang dari sebuah negara yang miskin dan ketinggalan zaman menjadi negara ekonomi besar di dunia yang mempunyai ekonomi yang kuat, kekuatan pertahanan negara yang semakin meningkat, maju dalam bidang sains dan teknologi dan kehidupan rakyat terus diperbaiki. Pembangunan China tidak mengancam sebarang negara lain. China melaksanakan dasar luar yang damai dan mendapat penghargaan dan sokongan kebanyakan negara di dunia.

Rencana itu menganggap bahawa dalam tempoh lebih sedekad lalu, hubungan China-ASEAN terutamanya hubungan China-Indonesia terus berkembang. Pada tahun 2013, perdagangan dua hala China-Indonesia mencecah USD 60 bilion. Atas usaha bersama kedua-dua pihak, ekonomi dan perdagangan kedua-dua negara tentu akan terus dipertingkatkan dan hubungan persahabatan rakyat kedua-dua negara turut akan menjadi lebih erat dan kukuh.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China