Cari:
MH370: Fugro Tiba untuk Pencarian di Lautan Hindi
2014-10-06 13:28:57 CRI Cetak

Menurut Utusan Online, Kapal Fugro Discovery tiba di Fremantle, Australia semalam untuk menyertai misi mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang sejak 8 Mac.

Kapal itu telah melalui proses pembaikan di Durban, Afrika Selatan sebelum tiba di Australia Barat, dan memiliki peralatan pencarian, serta anak-anak kapal bagi misi itu yang akan dikerahkan beberapa hari lagi.

Dilaporkan kapal induk Go Phoenix dijangka tiba di kawasan pencarian hari ini.

Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) berkata kapal itu akan menjalankan operasi pencarian di kawasan berkenaan selama 12 hari sebelum belayar ke Fremantle untuk mengambil bekalan.

Fugro Equator, yang melakukan kerja pengukuran di kawasan carian, mungkin akan digunakan sebagai kapal pencarian apabila tugas mengumpul maklumat batimetri (instrumen untuk kajian dasar laut) selesai akhir bulan ini.

Lebih 111,000 kilometer persegi kawasan carian itu dianalisis dan kerja ukur batimetri atau pemetaan di dasar laut dilaksanakan sehingga kini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China