Menurut Utusan Malaysia, misi pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 sekali lagi diarahkan ke lokasi lebih selatan di Lautan Hindi berdasarkan data yang didapati daripada analisis terbaharu, lapor Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) semalam.
Menurut ATSB, selepas mengambil kira analisis terkini, data menunjukkan pesawat MH370 mungkin melalui lebih dekat laluan koridor selatan yang dijangkakan pakar sebelum ini. Data baharu itu diperoleh berdasarkan aktiviti simulator melibatkan kiraan bahan api MH370.