Cari:
Kedatangan Pelancong ke Malaysia Tetap Meningkat Di Sebalik Tragedi
2014-10-11 15:43:05 CRI Cetak
Bernama Malaysia melaporkan, jumlah ketibaan pelancong di Malaysia dalam tempoh lima bulan pertama 2014 meningkat 10.1 peratus kepada 11.5 juta orang, walaupun terdapat sedikit penurunan ketibaan pelancong dari China, berikutan insiden MH370 pada Mac lepas.

Menurut Laporan Ekonomi 2014/2015 yang dikeluarkan Kementerian Kewangan Malaysia, tiga negara penyumbang tertinggi ketibaan pelancong ialah Singapura (5.8 juta), Indonesia (1.1 juta) dan China (0.7 juta).

Menurut laporan itu, Malaysia kekal sebagai destinasi percutian kegemaran dalam kalangan pelancong Muslim dengan ketibaan pelancong meningkat 9.4 peratus kepada 2.2 juta dalam tempoh lima bulan pertama 2014. Malaysia juga kekal di tempat pertama sebagai destinasi percutian halal dan tempat kedua sebagai destinasi membeli-belah halal di dunia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China