Cari:
Rundingan China-Vietnam Pusingan Ketiga Mengenai Penerokaan Maritim Bersama
2014-10-11 16:02:13 CRI Cetak

Kumpulan kerja berhubung penerokaan maritim bersama China-Vietnam mengadakan rundingan pusingan ketiga di Nanning, Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi China. Ketua kumpulan kerja pihak China yang juga naib Pengarah Jabatan Hal Ehwal Sempadan dan Maritim Kementerian Luar China, Yi Xianliang dan ketua kumpulan kerja pihak Vietnam yang juga naib Pengarah Jawatankusa Batasan Sempadan Negara Kementerian Luar Vietnam mengetuai rombongan masing-masing menyertai rundingan tersebut.

Pegawai yang turut hadir dalam rundingan kali ini termasuk wakil-wakil daripada Kementerian Luar China, Jabatan Hal Ehwal Luar Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, Suruhanjaya Pembaharuan dan Pembangunan Negara, Biro Sumber Tenaga Negara, Biro penyelidikan Geologi China, jabatan provinsi Hainan, Syarikat Petroleum Kebangsaan China (CNPC), Syarikat Petrokimia (SINOPEC) dan Syarikat Minyak Luar Pesisir China ( CNOOC) serta wakil-wakil daripada pelbagai jabatan kerajaan Vietnam.

Dalam rundingan itu, kedua-dua pihak bertukar-tukar pendapat tentang usaha penerokaan maritim bersama-sama serta bersetuju terus menggalakkan usaha itu berdasarkan persepakatan yang dicapai Perdana Menteri China, Li Keqiang dan rakan sejawatnya dari Vietnam pada bulan Oktober tahun lalu.

Menurut persepakatan itu, China dan Vietnam akan menubuhkan kumpulan kerja rundingan penerokaan maritim bersama, kumpulan kerja kerjasama infrastruktur dan kumpulan kerja kerjasama kewangan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China