Cari:
Thailand Buka Hak Pengurusan Kedai Bebas Cukai di Lapangan Terbang
2014-10-21 14:50:58 CRI Cetak

Menurut laporan "Bangkok Post" semalam, Thailand merancang untuk membuka hak pengurusan kedai bebas cukai di lapangan terbang untuk memecah monopoli oleh King Power Group.

Menteri Pengangkutan Thailand, Prajin Jantong berkata, beliau bersetuju dengan mekanisme persaingan walaupun langkah konkrit belum ditetapkan. Sesetengah penjual runcit telah menyatakan kesediaan mereka untuk membuka kedai bebas cukai di lapangan terbang. Sebagai petugas jabatan ekonomi Suruhanjaya Pemeliharaan Kedamaian dan Tatatertib Negara, Prajin berjanji akan membincangkan rancangan tersebut dalam mesyuarat jabatan itu minggu ini.

Presiden Syarikat Lapangan Terbang Thailand, Prasong berkata, monopoli terhadap kedai bebas cukai oleh King Power Group semakin dikritik walaupun ramai pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatan kumpulan itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China