Persidangan Industri Perlombongan Antarabangsa China 2014 diadakan di bandar Tianjin pada 20 hingga 23 Oktober. Lebih 7,000 pegawai, sarjana dan usahawan dari lebih 50 buah negara dan kawasan menyertai persidangan tersebut. Cara menghadapi larangan eksport sumber galian Indonesia diberi tumpuan perhatian para peserta.
Walaupun larangan itu telah berkuatkuasa hampir 10 bulan, namun pasaran perlombongan Indonesia masih diberikan harapan tinggi.
Indonesia menguatkuasakan larangan eksport sumber galian pada 12 Januari lalu. Walaupun 66 perusahaan di negara itu masih dibenarkan mengeksport bahan yang diproses sehingga tahun 2017, namun perusahaan yang berkaitan sumber nikel dan bauksit di pelbagai negara terkena tempias larangan itu.