Loji hidroelektrik Huai Lamphan Yai Laos yang dibina oleh Kumpulan Empangan Gezhou, China mengikut kontrak menampung air secara rasmi pada 20 Oktober lalu.
Loji itu berkapasiti 88 ribu kilowatt dan boleh menjana kuasa elektrik 480 juta kilowattjam setahun.
Ketua Pengarah Syarikat Jana Kuasa Elektrik Negara Laos, Sisavath Thiravong menyatakan, loji ini dapat mengeksport tenaga elektrik ke negara jiran selain memenuhi keperluan elektrik di negara itu, khususnya di kawasan selatan.