Menurut Gfk, badan penyelidikan pasaran, jualan telefon pintar di pasaran Asia Tenggara berjumlah 120 juta dalam 12 bulan sebelum Ogos lalu, angka itu meningkat 44% berbanding dengan tempoh yang sama pada tahun sebelumnya.
Menurut Gfk, peningkatan pesat itu ekoran telefon pintar buatan China yang murah laris dijual di pasaran tersebut.
Terdapat 345 jenama telefon pintar buatan China dijual di pasaran Asia Tenggara, antaranya kebanyakan berharga antara USD 50 hingga 200, iaitu 58% murah berbanding telefon jenama antarabangsa.