Cari:
China, Vietnam Ikrar Kukuh Perkongsian Strategik
2014-10-27 11:22:33 CRI Cetak

Ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) , Meng Jianzhu mengadakan pertemuan dengan Menteri Keselamatan Awam Vietnam, Tran Dai Quang di Beijing semalam.

Meng, yang juga Setiausaha Suruhanjaya Hal-Ehwal Politik dan Perundangan Jawatankuasa Pusat PKC, berkata bahawa kerjasama muhibah adalah selaras dengan kepentingan bersama dua negara sosialis berjiran yang dipimpin oleh parti komunis.

Tegas beliau, usaha memperkasakan kerjasama dalam bidang pelaksanaan undang-undang dan keselamatan amat bermakna bagi perkembangan hubungan China-Vietnam. Beliau berharap kedua-dua pihak meningkatkan lagi tahap kerjasama, di samping berusaha melindungi keselamatan institusi, perusahaan dan warga antara satu sama lain.

Tran pula menyatakan kesediaan pihaknya untuk bekerjasama dengan China bagi mengukuhkan perkongsian strategik komprehensif antara kedua-dua negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China