Kerajaan Kaunti Jiangcheng, Provinsi Yunnan China akan memperkasakan kerjasama dengan Laos dan Vietnam dalam usaha membanteras kegiatan memperdagangkan dan makan hidupan liar.
Menurut laporan media, kegiatan memperdagangkan dan makan hawaian liar didapati berlaku di kawasan sekitar tugu penanda sempadan ke-3 dengan Vietnam di Kaunti Jiangcheng. Kebanyakan hidupan liar berkenaan adalah berasal dari Vietnam.
Selepas laporan itu, kerajaan tempatan segera menjalankan operasi khas terhadap pasar-pasar di kawasan sempadan. Dalam operasi itu, 8 buah gerai di pasar berkenaan didapati menjual hidupan liar.