Mesyuarat Pegawai Kanan ke-8 Mengenai Pelaksanaan Deklarasi Tatalaku Pihak-pihak Berkaitan di Laut China Selatan (DOC) diadakan di Bangkok pada 28 dan 29 Oktober. Mesyuarat itu dipengerusikan bersama oleh Naib Menteri Luar China, Liu Zhenmin dan pemangku Menteri Luar Thailand, Sihasak Phuangketkeow, dan turut disertai oleh pegawai kanan dari negara-negara ASEAN serta wakil Setiausaha Agung ASEAN.
Para peserta mencapai persepakatan tentang "pemikiran dwi-trek" untuk menangani isu Laut China Selatan, iaitu perselisihan berkenaan diselesaikan oleh negara-negara yang berkepentingan menerusi rundingan, dan kedamaian di Laut China Selatan dipelihara bersama oleh China dan negara-negara ASEAN.