Cari:
Perdagangan China-ASEAN Berkembang Pesat
2014-10-31 13:30:45 CRI Cetak

Jumlah perdagangan China-ASEAN mencecah USD 346.6 bilion dalam tiga suku pertama tahun ini, meningkat 7.5% berbanding tempoh yang sama tahun lepas. Angka ini dua kali ganda lebih tinggi daripada peningkatan perdagangan luar negara ini, iaitu 3.3%. Demikian makluman daripada Laporan Sukuan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN yang dikeluarkan oleh Majlis Perniagaan China-ASEAN (CABC) semalam.

Dalam pada itu, jumlah eksport China ke ASEAN mencecah USD 192.6 bilion, manakala jumlah import China dari ASEAN mencatat USD 153.9 bilion.

Antaranya, Malaysia merupakan rakan dagang yang terbesar bagi China, dengan jumlah perdagangan dua hala kira-kira USD 75 bilion. Manakala, Singapura dan Vietnam masing-masing merupakan rakan dagang yang kedua dan ketiga terbesar bagi China.

  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China