Presiden Dewan Perniagaan Malaysia-China (MCCC), Datuk Bong Hon Liong mengetuai rombongan yang terdiri daripada 540 orang termasuk 180 usahawan untuk menghadiri Ekspo Antarabangsa Laluan Sutera Maritim Abad Ke-21 yang diadakan di Guangdong pada 31 Oktober hingga 2 November nanti.
Sebelum berlepas ke provinsi di selatan China itu, Datuk Bong Hon Liong berkata, MCCC akan memainkan peranan sebagai jambatan untuk menggalakkan syarikat Malaysia meneroka pasaran China, dan memperkasakan kerjasama ekonomi antara kedua-dua pihak, sekali gus menyumbang kepada pencapaian matlamat jumlah perdagangan dua hala Malaysia-China sebanyak USD 160 bilion menjelang tahun 2017.