Cari:
NEDA: Perdagangan China-Filipina Berkembang Pesat
2014-11-03 11:29:54 CRI Cetak

Perdagangan antara China dan Filipina berkembang pesat dalam tempoh empat tahun yang lalu.

Ketua Pengarah Lembaga Ekonomi dan Pembangunan Kebangsaan Filipina (NEDA), Arsenio M.Balisacan berkata demikian baru-baru ini.

Jumlah keseluruhan perdaganagn bilateral China dan Filipina mencatat USD 10.3 bilion pada bulan Januari hingga bulan Julai tahun ini, meningkat 19% berbanding tempoh yang sama tahun lalu. China telah menjadi rakan dagangan kedua terbesar bagi Filipina selepas Jepun. Di samping itu, China juga merupakan sumber import terbesar bagi Filipina. Setakat akhir bulan Julai lalu, jumlah import dari China telah mencapai USD 5.5 bilion, meningkat kira-kira 20% berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Menurut Arsenio M.Balisacan, jumlah pelaburan China ke Filipina yang diluluskan kerajaan Filipina mencecah kira-kira USD 214 juta dalam separuh pertama tahun 2014. Angka itu lebih tinggi berbanding tempoh yang sama tahun lepas.  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China