Cari:
Pertumbuhan Ekonomi Indonesia Perlahan Berikutan Perubahan Pasaran China
2014-11-03 15:07:23 CRI Cetak

Perry Warjiyo

Pertumbuhan ekonomi Indonesia menjadi perlahan ekoran perubahan pasaran China. Sekiranya kadar pertumbuhan ekonomi China turun 1%, ekonomi Indonesia akan turut menurun 0.5%.

Media Indonesia memetik perkataan Timbalan Gabenor Bank Indonesia, Perry Warjiyo sebagai berkata bahawa perkembangan ekonomi Indonesia sejajar dengan pertumbuhan ekonomi China, namun perkembangan ekonomi China sekarang menjadi perlahan dan dijangka kadar pertumbuhan pada tahun depan hanya mencatat 7.3%.

Perry Warjiyo menyatakan bahawa China merupakan sumber import terbesar bagi Indonesia, dan juga pasaran eksport terbesar bagi Indonesia. Jika ekonomi China berkembang, Indonesia akan turut memperoleh keuntungan daripadanya.

Menteri Kewangan Indonesia juga mengakui impak pasaran China terhadap ekonomi Indonesia tersebut. Gabenor Bank Indonesia Agus Martowardojo meramalkan kadar pertumbuhan ekonomi Indonesia tahun ini hanya 5.1%.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China