Menteri Luar China, Wang Yi berucapa ketika menemui media di Jakarta.
China bersedia bekerjasama dengan Indonesia untuk membina perkongsian strategik menyeluruh yang sebenar antara kedua-dua negara. Demikian dikatakan Menteri Luar China, Wang Yi yang sedang membuat lawatan di Indonesia semalam.
Menteri Luar China, Wang Yi (kiri) dengan rakan sejawatnya dari Indonesia, Retno Marsudi (kanan) bersama-sama menemui media di Jakrta.
Ketika menemui media bersama dengan rakan sejawatnya dari Indonesia, Retno Marsudi di Jakarta, Wang menyatakan bahawa tahun 2015 merupakan ulang tahun ke-65 terjalinnya hubungan diplomatik antara China dengan Indonesia dan ulang tahun ke-60 Persidangan Bandung serta ulang tahun ke-70 penubuhan Indonesia. Tahun depan dipercayai akan menjadi masa penting bagi memperkukuh hubungan China-Indonesia.