Sempena Komuniti Ekonomi ASEAN akan siap dibina dan demi meningkatkan taraf perkhidmatan kewangan di kawasan 10 negara ASEAN campur China, Jepun dan Republik Korea, Perisytiharan Bongkok, iaitu perjanjian kerjasama telah ditandatangani oleh Bank Kasikorn Thailand dengan 35 buah bank daripada Thailand, China, Jepun, Republik Korea, Indonesia, Filipina, Kemboja, Vietnam dan Laos. Menurut Perisytiharan tersebut, bank-bank terbabit akan bersama-sama menawarkan kursus latihan, melatih modal insan, berkongsi maklumat dan pengalama, bahkan menjalankan kerjasama urus niaga kewangan agar dapat bersama-sama meneroka dan menyediakan produk dan perkhidmatan kewangan.
Dalam sidang media di Bongkok semalam, Presiden Lembaga Pengarah Bank Kasikorn, Banthoon Lamsam menyatakan bahawa seiring dengan Komuniti Ekonomi ASEAN siap dibina menjelang penghujung tahun 2015, pengaliran modal, barangan dan perkhidmatan di rantau ini akan menjadi lebih lancar dan akan memberi impak lonjakan kepada perdagangan dan pelaburan antara ASEAN dengan China, Jepun dan Republik Korea.