Forum Perkembangan Syrikat Farmaseutikal Jenis Pertumbuhan China (CDPEC) ke-9 dirasmikan di Bongkok, Thailand semalam. Forum yang bertemakan "mengambil peluang perniagaan baharu China dan dunia" itu akan berfokus kepada peluang dan cabaran dalam pasaran farmaseutikal di China dan dunia serta arah aliran dan dasar perkembangan sektor farmaseutikal China.
Mantan Menteri Kesihatan Awam Thailand dalam majlis perasmian forum itu menyatakan bahawa Thailand dan China diharapkan membentuk mekanisme kerjasama jangka panjang melalui pelbagai wahana serta menggalakkan kerjasama China dan negara ASEAN dalam bidang perubatan tradisional bagi mewujudkan situasi menang-menang.