Cari:
Indonesia Rancang Anggotai AIIB Minggu Depan
2014-11-06 14:21:45 Agensi Berita China Cetak

Indonesia mungkin membuat keputusan untuk menganggotai Bank Infrastruktur dan Pelaburan Asia (AIIB) yang ditubuhkan atas inisiatif China pada minggu depan. Demikian dinyatakan oleh Menteri Perdagangan Indonesia, Bambang Brodjonegoro baru-baru ini.

Sebagai entiti ekonomi terbesar di Asia Tenggara, Indonesia amat memerlukan modal tambahan untuk memperluas pembinaan prasarana yang melibatkan pelabuhan, landasan kereta api, lebuh raya dan loji janakuasa.

Penubuhan AIIB ialah cadangan yang dikeluarkan oleh China pada tahun lepas. Dimaklumkan, lokasi ibu pejabat AIIB akan berada di Beijing dan modalnya sebanyak USD 100 bilion.

Ketika menyebut hal tersebut, Jurucakap Kementerian Luar China, Hong Lei dalam sidang media semalam menyatakan bahawa China mengalu-alukan Indonesia secara rasmi menganggotai AIIB seawal mungkin.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China