Cari:
Indonesia Laksanakan Dasar Bebas Visa bagi Pelancong Lima Negara pada 2015
2014-11-06 16:33:15 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Kerajaan Indonesia merancang melaksanakan dasar bebas visa terhadap pelancong China, Australia, Republik Korea (RoK), Rusia dan Jepun pada tahun 2015 bagi menarik kedatangan lebih ramai pelancong. Demikian dinyatakan oleh Menteri Penyelarasan Hal-Ehwal Maritim Indonesia, Indroyono Soesilo.

Beliau berkata, industri pelancongan Indonesia sedang menyasarkan kedatangan pelancong dari kelima-lima negara tersebut, yang dijangka mencatat kira-kira 500 ribu orang. Jika pelancong tidak lagi perlu membayar USD 25 untuk menguruskan visa, kerajaan akan mengalami kerugian pendapatan bayaran visa berjumlah kira-kira USD 11.3 juta. Meskipun begitu, pelancong akan berbelanja kira-kira USD 1,200 untuk penginapan, makanan dan pengangkutan, jadi kerajaan masih boleh mendapat sekurang-kurangnya USD 500 juta.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China