Cari:
Perkongsian Strategik China-Myanmar Akan Dikukuhkan
2014-11-07 11:00:34 Agensi Berita Xinhua China Cetak

China menanti-nantikan lawatan rasmi Perdana Menteri China, Li Keqiang ke Myanmar pada 12 hingga 14 November nanti dapat menggalakkan perkongsian strategik antara China dengan Myanmar berkembang ke tahap yang lebih tinggi. Demikian dinyatakan oleh naib Perdana Menteri China, Liu Zhenmin dalam sesi taklimat Beijing semalam.

Liu Zhenmin berkata, lawatan Li ke Myanmar kali ini merupakan lawatan julung kali Perdana Menteri China ke negara itu selepas penubuhan barisan pimpinan baharu China. Lawatan ini dipercayai dapat mempererat persahabatan tradisional antara kedua-dua negara, bahkan amat signifikan bagi memperkukuh perkongsian strategik dua hala pada masa depan.

Liu menambah, dalam tempoh lawatan Li Keqiang ke Myanmar, pemimpin kedua-dua negara akan bertukar-tukar pendapat untuk memperkasakan kerjasama yang pragmatik, menggalakkan kesalinghubungan serta membuahkan hasil yang baharu dalam bidang pertanian, janakuasa elektrik dan sektor kewangan. Di samping itu, kedua-dua pihak juga akan menandatangani siri dokumen kerjasama ekonomi dan perdagangan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China