Presiden China, Xi Jinping telah ditemui rakan sejawatnya dari Indonesia, Joko Widodo di Beijing hari ini.
Xi Jinping menegaskan bahawa sebagai negara membangun yang besar di rantau ini, China dan Indonesia mempunyai kepentingan yang sama dalam isu penting antarabangsa dan serantau dan memikul tanggungjawab yang sama. Kedua-dua pihak harus memandang jauh hubungan bilateral, saling memahami, saling menyokong, meingkatkan perasaan saling mempercayai di samping meningkatkan kerjasama dan bersama-sama mengatasi cabaran.
Presiden Xi menyatakan bahawa konsep yang dikemukakan Presiden Joko Widodo mengenai membangunkan negara maritim yang kuat selaras dengan inisiatif beliau untuk membina Laluan Sutera Maritim Abad Ke-21. Oleh demikian, kedua-dua negara ini boleh menggalakkan kerjasama dalam bidang prasarana, pertanian, kewangan dan tenaga nuklear.
Joko Widodo menyatakan bahawa kedua-dua pihak akan mengutamakan kerjasama dalam bidang maritim dan prasarana untuk merangsang perkembangan kerjasama kedua-dua negara. Indonesia berharap menganggotai Bank Pelaburan Prasarana Asia dengan secepat mungkin. Selain itu, Indoensia juga berharap Pusat Kebudayaan China dibutuhkan dengan seawal mungkin di Indonesia .