Cari:
China Bersedia Perluas Kerjasama dengan Indonesia
2014-11-09 16:12:55 CRI Cetak

Perdana Menteri China, Li Keqiang ditemui Presiden Indonesia, Joko Widodo di Beijing pagi tadi.

Li Keqiang menyatakan bahawa hubungan perkongsian strategik yang menyeluruh China-Indonesia adalah antara hubungan dua hala yang paling berdinamik dan berpengaruh di rantau Asia-Pasifik. China bersedia memperluas kerjasama dengan Indonesia dalam bidang perdagangan dan pelaburan dua hala, sumber tenaga dan pertanian. China akan menggalakkan syarikat China mengambil bahagian dalam pembinaan infrastuktur Indonesia termasuk pelabuhan, jambatan, lapangan terbang, jalan raya dan logi jana kuasa elektrik di samping meningkatkan pertukaran sosiobudaya.

Li Keqiang berharap Indonesia terus memakinkan peranan yang positif dalam usaha menggalakkan perkongsian strategik China-ASEAN.

Joko Widodo menyatakan bahawa kerajaan Indonesia mengalu-alukan penyertaan syarikat China dalam pembinaan prasarana dan taman perindustrian Indonesia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China