Cari:
Najib Tiba di Beijing untuk Sidang Kemuncak APEC
2014-11-10 11:23:54 CRI Cetak

Berita Harian Malaysia melaporkan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Beijing malam tadi untuk menghadiri Mesyuarat Pemimpin Ekonomi (AELM) Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) selama dua hari bermula Isnin.

AELM yang akan dipengerusikan Presiden China, Xi Jinping ini bertemakan "Mencorak Masa Depan menerusi Kerjasama Asia Pasifik".

Ketibaan Najib yang diiringi isteri, Datin Seri Rosmah Mansor di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing pada sekitar pukul 9 malam disambut oleh Duta Besar Malaysia ke China, Datuk Iskandar Sarudin.

Pada AELM ke-22 itu, Perdana Menteri Malaysia dijadual membincangkan tiga keutamaan APEC 2014, iaitu meningkatkan penyepaduan ekonomi serantau, mempromosi pembangunan inovatif, pembaharuan ekonomi dan mengukuhkan perhubungan secara menyeluruh serta pembangunan infrastruktur.

Selain itu, beliau dijadual mengadakan beberapa pertemuan dua hala secara berturut-turut bagi membincangkan isu serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama.

Pertemuan penting ialah antara Perdana Menteri Malaysia dengan pemimpin negara tuan rumah APEC tahun ini, Presiden China, Xi Jinping dan Perdana Menterinya Li Keqiang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China