Cari:
China, Malaysia Perkasakan Kerjasama
2014-11-10 14:59:45 CRI Cetak

China dan Malaysia harus menjaga baik dan menyemarakkan tradisi yang wujud sejak sekian lama, sekali gus memacu perkembangan hubungan rakan strategik menyeluruh kedua-dua negara.

Demikian dinyatakan Presiden China, Xi Jinping ketika ditemui Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak di Balai Besar Rakyat di Beijing sempena Mesyuarat ke-22 Pemimpin Ekonomi (AELM) Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) yang bermula hari ini.

Presiden Xi berkata, tahun ini adalah ulang tahun ke-40 terjalinnya hubungan diplomatik China-Malaysia. Kedua-dua negara ini harus memperkasakan kerjasama dalam pembinaan infrastruktur, kesalinghubungan, kewangan, perlindungan keselamatan sepanjang penguatkuasaan undang-undang, ketenteraan, kebudayaan dan lain-lain. Selain itu, usaha bersama bagi membangunkan Jalur Ekonomi Jalan Sutera dan Jalan Sutera Laut Abad Ke-21 juga perlu dipergiatkan.

Dalam pada itu, Datuk Seri Najib meluahkan harapan agar meningkatkan pelaburan perdagangan bilateral dan Bank Pelaburan Infrastruktur Asia dapat dilancarkan seawal mungkin. Negaranya berharap menjadi rakan kerjasama yang ikhlas bagi China dan rakan yang boleh dipercayai di rantau ini. Tambahan pula, Malaysia bersedia memelihara hubungan dua hala dan situasi serantau yang damai menerusi rundingan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China