Presiden Xi Jinping menyifatkan hubungan China-Brunei Darussalam sebagai contoh negara besar dan negara kecil yang saling menghormati mempunyai hubungan yang harmoni.
Beliau berkata demikian apabila ditemui Sultan Brunei Darussalam, Haji Hassanal Bolkiah di Beijing hari ini.
Menurut Xi, China sedia mempergiatkan kerjasama dalam pelbagai bidang dengan Brunei, termasuk sumber tenaga alternatif, pembinaan infrastruktur, pertanian, perikanan, maritim dan sebagainya.
Sementara itu, Baginda menyanjung tinggi cadangan Presiden Xi tentang pembinaan Jalur Ekonomi Jalan Sutera dan Jalan Sutera Laut Abad ke-21, sekali gus menghargai sumbangan China dalam usaha memelihara kedamaian dan kestabilan serantau.