China dan Malaysia adalah rakan seperjuangan yang ikhlas yang mengutamakan kerjasama yang saling menguntungkan.
Demikian dinyatakan Perdana Menteri China, Li Keqiang ketika pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak sempena Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Balai Besar Rakyat di Beijing pagi tadi.
PM Li berkata, lawatan Datuk Seri Najib ke China awal tahun ini dianggap satu komponen penting antara aktiviti peringatan ulang tahun ke-40 terjalinnya hubungan diplomatik China-Malaysia.
Kedua-dua negara ini harus mengimbas kembali dan menyemarakkan tradisi baik yang wujud sejak terjalinnya hubungan diplomatik bagi mengukuhkan lagi hubungan dua hala yang berkembang secara sihat dan berterusan.
Li menambah, China sudi memberikan sokongan yang teguh kepada Malaysia yang bakal menjadi negara pengerusi negara bergilir ASEAN tahun depan.
Dalam pada itu, Datuk Seri Najib membalas, aktiviti peringatan berkenaan akan dilancarkan tahun ini dengan menandakan hubungan kedua-dua negara ini memasuki peringkat yang baharu. Pihaknya bersedia memperluas skop kerjasama dengan China dalam perdagangan, pelaburan, kewangan dan infrastruktur.