Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia, Datuk Seri Mustapa Mohammed di Beijing semalam menyatakan, pembaharuan yang sedang dilakukan di China bakal menyuntik tenaga yang lebih banyak bagi usaha membangunkan ekonomi. Ini pasti merangsang entiti-entiti eknomi lain termasuk Malaysia yang menghadapi persaingan.
Menurut beliau, China sedang mengusahakan tindakan merangsang pertumbuhan ekonomi melalui penyusunan semula struktur, langkah inovatif dan pembaharuan. Kesemua pembaharuan tersebut akan menjadikan eknomi China yang berkecekapan lebih tinggi, peranan pasaran yang beroperasi lebih baik dan ekonomi negara itu yang kekal mantap, kerana dunia menyambut baik pasaran negara itu yang lebih terbuka dan berefisienan tinggi.