Cari:
Najib: Perubahan Besar dan Berani Diperlukan untuk Pembaharuan
2014-11-12 14:29:52 CRI Cetak

Menurut Agensi Berita Bernama Malaysia, perubahan besar dan berani, bukan lemah atau kecil, diperlukan untuk usaha merealisasikan pembaharuan ekonomi.

Demikian dinyatakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada sesi Mesyuarat Pemimpin (AELM) Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec) kali ke-22 di Beijing Selasa lalu.

Menurut beliau, sungguhpun mengakui pembaharuan itu mungkin tinggi kosnya dan akan ada yang menang dan rugi dalam proses itu, kesakitan jangka pendek perlu dihadapi untuk keuntungan jangka panjang.

Mengenai pembaharuan dan inovasi, Najib menyokong idea Presiden China Xi Jinping bahawa pembaharuan ekonomi dan inovasi tidak sepatutnya terlalu bergantung kepada pakej pengeluaran biasa, sebagai contoh modal, tanah atau pekerja. Sebaliknya, pertumbuhan ekonomi secara mampan dan mungkin lebih tinggi lagi kalau memberi tumpuan kepada pembaharuan inovasi dan ekonomi.

Beliau menyifatkan APEC Beijing sebagai berjaya, dengan 21 negara anggota APEC memberi tumpuan ke atas isu-isu yang antara lain membabitkan pembaharuan struktur ekonomi, inovasi, perhubungan dan perdagangan bebas.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China