Sidang Kemuncak ASEAN ke-25 dirasmikan di Nay Pyi Daw, Myanmar hari ini.
Kemajuan yang tercapai sepanjang pembinaan Komuniti ASEAN serta sasaran dan visi pembangunan peringkat selanjutnya selepas komuniti berkenaan mulai beroperasi nanti, menjadi topik perbincangan utama dalam sidang kemuncak kali ini.
Dimaklumkan, Pengumuman Nay Pyi Daw yang akan dikeluarkan pada sidang berkenaan menjadi asas bagi ASEAN mendraf pelan baharu dan visi pembangunan Komuniti ASEAN yang lebih terperinci pada tahun depan.