Cari:
Transformasi Ekonomi Indonesia patut Dipergiat
2014-11-13 15:49:57 CRI Cetak

Media aliran utama Indonesia Kompas menerbitkan ulasan artikel bertemakan "Belajar dari China" yang memperkatakan bahawa pertemuan Presiden Joko Widodo dengan rakan sejawatnya dari China Xi Jinping membuka pintu untuk ketua negara Nusantara menampil di pentas dunia.

Menurut ulasan itu, jika wawasan Pusat Maritim yang disyorkan Presiden Joko Widodo menjadi realiti, "Jalan Sutera Maritim" anjuran China dan "Pusat Maritim Sedunia" anjuran Indonesia akan digabungkan dengan keseluruhan fungsinya. Dengan demikian, Indonesia akan memainkan peranan inisiatif dalam persaingan serantau.

Ulasan tersebut memperkatakan China sudah berkembang menjadi entiti ekonomi kedua terbesar di dunia, dengan kedudukan sebagai penjana pertumbuhan ekonomi Asia Timur yang makin dikukuhkan. Memandangkan keadaan ini, Indonesia, selaku negara terbesar di Asia Tenggara, perlu meningkatkan kemampuan dalam usaha menangani cabaran, sekali gus menimba pengalaman China, seperti mempergiat transformasi ekonomi.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China