Menurut Agensi Berita Bernama Malaysia, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan, semangat nasionalisme yang sempit perlu dielakkan kerana ia bertentangan dengan semangat ASEAN untuk menjadi sebuah komuniti menjelang akhir tahun depan.
Menurut beliau, ideologi keterlaluan dan ekstrem dalam kalangan negara ASEAN juga seharusnya tidak timbul demi menjaga keamanan dan keselamatan serantau.
Selain itu, semua anggota ASEAN perlu memberi komitmen untuk mencapai visi mewujudkan Komuniti Ekonomi ASEAN menjelang 2015, katanya kepada wartawan Malaysia selepas menghadiri sidang plenari ASEAN sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-25 di Myanmar Rabu lalu