Menurut Agensi Berita Bernama Malaysia, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berharap semua lapisan rakyat memberi sokongan dan kerjasama padu kepada kerajaan apabila Malaysia mengambil alih tugas sebagai pengerusi ASEAN tahun depan.
Beliau berkata demikian kepada wartawan Malaysia selepas berakhirnya Sidang Kemuncak ASEAN ke-25 di Nay Pyi Daw, Myanmar Khamis lalu.
Menurutnya, tanpa sokongan rakyat, adalah sukar bagi kerajaan melaksanakan peranannya sebagai pengerusi pertubuhan rantau Asia Tenggara itu.
Tambah beliau, semua pihak termasuk kerajaan, swasta, badan korporat, media serta orang perseorangan mestilah memberi sokongan kepada peranan Malaysia itu, yang dianggapnya sebagai kebanggaan negara dan misi nasional.