Perdana Menteri China Li Keqiang dan Presiden Myanmar U Thein Sein mencapai persepakatan yang meluas tentang tindakan mempererat lagi hubungan kedua-dua negara dan memperkasakan kerjasama strategik yang menyeluruh.
Ini hasil pertemuan kedua-dua pemimpin ini di Nay Pyi Daw, Myanmar pagi tadi.
Selepas pertemuan itu, mereka juga menyaksikan penandatanganan dokumen-dokumen kerjasama dalam ekonomi, perdagangan, pertanian, kewangan dan sumber tenaga.