Perdana Menteri China, Li Keqiang mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-ocha pada petang semalam.
Li berkata, China dan Thailand akan menandatangani memorandum persefahaman (MoU) mengenai kerjasama kereta api berkelajuan tinggi dan perdagangan produk pertanian sempena Mesyuarat ke-5 Pemimpin Kerjasama Ekonomi Subkawasan Sungai Mekong Besar (GMS). Hal ini bermanfaat bagi menaiktaraf pembinaan prasarana serantau, mempercepat kesalinghubungan agar memudahkan pertukaran lawatan antara rakyat kedua-dua negara.
Prayuth mewakili kerajaan dan rakyat Thailand mengalu-alukan kehadiran Li Keqiang dalam mesyuarat GMS. Beliau menyatakan bahawa melaksanakan kerjasama dalam bidang pembinaan kereta api laju dan kerjasama perdagangan produk pertanian dengan China amat signifikan bagi Thailand. Pihaknya akan bekerjasama dengan China untuk melaksanakan perjanjian kerjasama dua hala secepat mungkin. China memainkan peranan utama dalam kerjasama GMS, Thailand bersedia berusaha bersama dengan China dan pihak-pihak terlibat untuk menjayakan kerjasama serantau pada masa depan.
Selepas pertemuan, kedua-dua perdana menteri bersama-sama menyaksikan penandatanganan MoU kerjasama pembinaan kereta api laju dan perdagangan produk pertanian China-Thailand.